hehe.. orang lain yang tukang excited rupenye, tak sabar nak tengok gambar.. padahal aku dah boring tengok gambar sendiri.. sekarang dok tunggu gambar from kamera students ni.. ada berbijik bijik kamera malam tu, yang dah dapat baru gambar dari 1 kamera..
actually, aku segan sebenarnya, takut kawan blog aku put high hope nak tengok aku kurus kan.. aku cakap siap siap, aku ni kurus belum tentu, tapi menyusut sudah.. 3 hari sebelum dinner, berat turun 2kg, tapi still, masih ada lebih kurang 17kg nak turunkan ni.. so kalau ada gambar aku yang nampak terlebih besar sana sini, diam diam sudehh.. anggap aje camera angle salah.. hahaha
so, spot me!!
(click for a bigger view)
tak jumpa? salah orang?
klu, aku pakai tali pinggang bentuk love.. :p
oh, gambar atas ni je yang buleh nampak outfit aku secara penuh.. sebab ni guna DSLR, cantik sikit gambar nye.. yang lain, hmm..
gambar blur sikit, sebab guna night mode.. ni kamera aku, so tak berapa nak best kualiti dia..
ok, aku mengaku, untuk dinner ni, aku kurang bajet, so dalam 2 minggu jugak la heret suami aku mencari baju sesuai nak pakai.. aku plan nak pakai merah, since ada orang suggest kan warna merah kan hari tu..
(leen, i know u r smiling reading this :p) tapi tak jumpa merah yang berkenan.. u know, the china red, bukan merah hati ke merah bata tu.. merah cili yang sakit mata tu.. haa aku nak yang tu.. too bad, takde.. kalau ade, sampai 3, 4 ratus.. not in my budget..lagipun bukan jenis aku beli baju 3, 4 ratus ni..
so lastly, dapat pakai ni.. 3 layer sebenarnya.. dia actually baju kurung moden, ada labuci siap.. n then skirt pendek ada bling bling.. lepas tu skirt labuh warna hitam.. bila pakai, orang ingat dress aku ni tailor made.. padahalllll :p eh, semua ni hasben aku punya idea tau.. kalau ikut aku, nak pakai simple lagi patutnya.. :D
n mengikut suggestion
puan as, less details on the dress, more on the head.. kat baju biar nampak slim..so aku beli tali pinggang.. atas kepala je pegi cari hiasan manik manik macam dalam entry sebelum ni..
tu pun aku rasa macam dah sarat dah aku pakai, rupanya lecturers lain, lagi vogue ok.. so aku nampak macam play safe.. play safe la, kite bini orang, badan pulak tak se slim mana.. so kena sedar diri.. hehehe
ini mask aku malam tu.. yang gold gold dekat mask tu, DIY, aku lekat sendiri.. haha.. tapi mask aku pun kira low profile je... lecturer lain lagi vogue..
dalam gambar ni buleh nampak skirt pendek aku yang bling bling tu.. ehehe
make up just lite lite je.. tak sempat nak tacap bebetul la, sebab rushing nak konvoi kereta beramai ramai.. kali ni dinner dibuat dekat tasoh lake resort, perlis.. cantik tempat dia..
mata pun nampak sepet, sebab eyeliner tak cukup tebal.. eh, keee pipi yang terlebih tembam?
huhu.. ni yang malas pakai shawl lilit ni.. muka nampak segedebuk besar..
lite lite aje mekapnya.. tapi warna yang aku guna, memang jarang aku guna sebelum ni, yakni kuning, biru dan hijau.. kira aku bereksperimen dengan warna jugak lah.. tapi i've learned my lesson now.. next next dinner, tak boleh guna warna ni.. sebab tak sesuai dengan mata..
ni lah mekap nya, tapi gambar diambil setelah pulang dari dinner, jadi tidak begitu accurate.. lagi satu, aku tak pakai fake lashes, so that explains why..
aku ada buat trial make up untuk dinner ni.. nanti lah aku apdet..
***
aku nak say thanks a million untuk hasben kecintaan aku sebab sanggup menjaga hero heroin kitorang kat rumah sepanjang aku pegi dinner jabatan tu.. eh kenapa tak bawak anak? kenapa suami tak ikut? jawapannya, suami cheq pemalu, anak anak cheq tak buleh dibawak majlis.. karang tak henti bercakap.. rosak majlis orang.. kalau majlis non-formal, insyaAllah aku bawak je.. hehe