pernah tak kite terfikir, semua nikmat n kesenangan yg kita dpt hari ni, berpunca juga drpd kesusahan kite time dulu2 kala? pernah tak kite terfikir, kalau kite tak susah2 dulu, jadi tak kite mcm skrg ni? pernah tak kite bersyukur dgn ape yg kite dpt? pernah tak kite berterima kasih dgn ape yg berlaku terhadap hidup kite? (amboi panjangnye mukadimah.. :p)
hence (maka dengan itu :p) diadakan entry special ni utk menyenaraikan segala kejadian yg sepatutnye disyukuri sejak kecil sampai la berusia 26 thn ni..maka dengan itu juga, sile tidak betah dgn saya yg akan menggunapakai bahasa baku malah skema untuk menyampaikan maksud dengan lebih jelas..entry ini juga akan banyak berterus terang dan nyata izhar halqi tanpa menggunakan mad asli, mad wajib munfassil serta mad arid lilsukun (ok suda mengarut di sini)
dan, sila jangan gila atau betulkan monitor anda.. hehe
1. saya bersyukur dilahirkan di dalam keluarga Wan Ismail b Wan Yusoff & Nawal bt Mohd Nor..walaupun kehidupan kami serba sederhana, tapi kami survive..
2. saya bersyukur dilahirkan sebagai seorang anak sulung, pertama dalam keluarga, jadi saya lebih dimanja kan oleh parents..eh bukan bukan..saya tak manja, tp lebih rapat dgn parents..masa kecik2 rapat dgn abah..tido pon dgn abah..bila dah besar takkan nak tido dgn abah lagi kot..rapat dgn mama la pulak..n bile saya n adik beradik perempuan berborak sakan dgn mama, org takkan percaya yg itu mama kitorang sbb kitorang berborak mcm kawan2..
3. saya bersyukur lahir sebagai anak sulung juga kerana saya menjadi lebih tough at heart, lebih berani, lebih berusaha gigih, lebih garang (:p), lebih keras hati.. (eh? ) sbb saya mahu menjadi contoh kepada adik2 saya dgn kejayaan saya di bidang akademik mahupun pekerjaan, walaupun saya tidak seberjaya orang lain yang berpendapatan lebih 5ribu sebulan, sekurang kurangnya saya telah meletakkan batu aras (benchmark?) kepada adik adik saya supaya lebih berjaya daripada saya..huhu (sedeh pulakk)
4. saya bersyukur lahir sebagai perempuan kerana saya boleh melaram cantik dan bermekap seperti bukan bisnes orang lain (nobody's business :p)
5. saya bersyukur lahir sebagai perempuan kerana saya berpeluang merasakan pengalaman mengalami sakit datang bulan, sakit 1st time kawen :p, sakit pregnant, sakit bersalin, sakit berpantang, sakit berurut..dan saya yakin malah pasti, tidak ada walau seorang pun daripada kaum adam yang mampu menahan sakit yang Allah berikan kepada kaum Hawa ini kerana kaum Adam tak tahan sakit.. (demam sikit pon dah melepek, sakit gigi je pon dah rase mcm nak terajang orang..dan lain lain.. :p)
6. saya juga bersyukur lahir sebagai perempuan kerana saya berpeluang merasakan bagaimanakah rasanya mengandungkan seorang manusia yang bermula daripada setitik darah, sehingga boleh merasakan degup jantung dan nadi, tendangan dan gerakan, dan akhirnya melahirkan sendiri zuriat yang dikandung selama 9 bulan 10 hari..sesungguhnya perasaan mengandung dan melahirkan itu tidak tertanding, kuasa Allah yang menjadikan segala galanya.. (T_T) dan saya merasakan pengalaman itu bukan sekali, malahan 2 kali..Subhanallahh..
7. saya bersyukur mempunyai kedua dua ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab..jasa mereka sesungguhnya tidak terbalas..
8. saya bersyukur abah saya seorang yang berpendidikan agama yang tinggi dan sangat tegas serta tidak bertoleransi terhadap kami yang malas menunaikan tanggungjawab terhadap Tuhan kami..buluh rotan tidak pernah lekang daripada tangannya bila memanggil anak anaknya yang leka bermain sampai maghrib dan taknak balik walaupun untuk mandi dan menonton cerita Doraemon..maka buluh rotan pasti akan dipegang kejap di tangan, seraya itu berduyun duyun lah anak anak nya yang hantu ini masuk mengadap..kalau nasib baik rotan tak hinggap di punggung..kalau nasib tak baik, maka kena lah sedas dua..
abah saya juga seorang yang pandai mengaji dan pentingkan pembacaan al-quran..kami adik beradik selalu kena paksa atau kerah untuk belajar mengaji sampai khatam quran mahupun surah kecik..tapi sampai ke sudah, kami adik beradik hanya bertahan membaca beberapa surah sahaja dengan beliau kerana beliau sangat garang dan selalu marah jika kami adik beradik salah menyebut tajwid..dah jika kesalahan itu diulang ulang lagi, kami adik beradik akan ditengking pada titik itu juga (on the spot) maka berderailah airmata kami dan sejurus selepas itu kami memboikot untuk tidak mahu belajar mengaji dengan beliau..mama kami pun marah kepada beliau tetapi tidak boleh berbuat apa, kerana percubaan kami untuk belajar mengaji dengan beliau beberapa kali selepas itu juga berakhir dengan kejadian yang sama..maka kami belajar mengaji dengan orang lain sahaja..mungkin abah saya mempunyai ilmu agama yang banyak, tetapi tidak mempunyai ilmu mengajar..tetapi sekarang selepas pencen, beliau menjadi guru kafa, mengajar budak budak sekolah mengaji..jadi bagaimana?
9. saya bersyukur kerana mama saya seorang yang pandai serba serbi..beliau pandai memasak, pandai mengemas, pandai bersolek, pandai membuat kek, pandai menghias kek, pandai menjahit, pandai mengait, pandai menyanyi, pandai...pandai semua la..mama saya adalah mentor utama saya, idola saya..tapi kenapakah saya tidak menurun semua ilmu ilmu yang ada? haa...itu kita tak tahu..
setakat ini saya hanya pandai memasak, menjahit (sikit sikit sahaja, mama jahit baju raya untuk anak anak beliau setiap tahun ok, saya hanya pandai menjahit menggunakan tangan, mesin jahit masih tidak mahu berkawan dengan saya sebab alignment mesti lari kalau saya yang drive mesen tu..), buat kek (tapi kek saya mesti tak masak di tengah, dan mama juga yang menghabiskan bakaran itu), bersolek (ok yang ini saya mesti mengaku (admit) yang saya sangat pandai malah saya juga yang mengajar mama saya mengenai teknik teknik moden zaman sekarang, maklumlah zaman mama saya dulu mana ada teknik shading semua), mengemas (ok masih kurang sebab saya paling suka basuh baju guna mesen basuh dan basuh pinggan sahaja) :p
10. saya bersyukur saya mempunyai jati diri yang tinggi untuk belajar bermati matian (ok tak mati pun) untuk skor dalam upsr 4A (ok dulu hanya ada 4A je, sekarang dah ada 5, jadi saya bukan seorang yang pengalah (loser) :p)
11. saya bersyukur juga saya sangat rajin untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya subjek matematik dan geografi untuk menjawab peperiksaan PMR dengan cemerlang dan berjaya skor 8A dan menjadi kebanggaan keluarga..saya sangat membangga diri apabila mendapat 8A ketika ini (ya, kerana saya lahir dalam keluarga yang kurang serba serbi, maka ada di antara kaum keluarga makcik2 dan pakcik2 yang sudah kaya sedikit menghina keluarga kami yang kurang harta, maka saya mahu menebus dengan kejayaan dalam bidang akademik..ceehhh :p alhamdulillah kata kata keji dan nista yang dilemparkan sudah agak berkurangan ketika ini, dan saya juga belajar untuk tidak mempedulikan (ignore) kata kata orang yang tidak berkhasiat..eh bermanfaat untuk keluarga kami)
12. saya bersyukur saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) di sekolah menengah sains pasir puteh, kelantan..walaupun saya mengaku yang saya agak kebingungan (confuse) pada mulanya dengan kewujudan sekolah ini..rupa rupanya sekolah baru, rumput pun belum tumbuh lagi, dogol di sana sini, tanah gersang melambai lambai, suasana padang jarak padang tekukur..masalah air tak putus putus sampaikan ada rombongan mandi di air terjun Jeram Pasu tidak jauh daripada lokasi sekolah..walaupun banyak masalah dan peristiwa yang pahit dan manis berlaku, saya bersyukur saya bersekolah di sini kerana saya mencabar diri untuk lebih rajin untuk seiring dan sejalan dengan kawan kawan lain yang lebih top scorer (yang sekarang ni dah ramai jadi doktor pun) dan saya juga dapat mengasah bakat sebagai seorang pemimpin, penyanyi, pemukul gendang, tabla mahupun bonggoouu, pelajar yang baik (serta skema mahupun ayu) dan sahabat sejati..ecehh..malah belajar berdikari juga...
tapi saya cuma skor A sebanyak 7 subjek sahaja, baki 3 lagi hanya mendapat C, bukan calang calang C, C6 untuk kimia, C6 juga untuk fizik, dan C5 untuk biologi..ok bio macam best skit tu sebab dapat C5..yang lain lain macam ke laut, dan agaknya sebab itulah saya tidak menjadi doktor hari ini..tak minat dan malas menghafal teori..
13. tetapi saya bersyukur juga oleh kerana saya cuma skor 7A, saya sedar diri dan mengambil jurusan yang tidak menggunakan teori metafizik mauhupun kimia, lalu menjadikan Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia, Cyberjaya (faculty of creative multimedia, multimedia university, cyberjaya) sebagai rumah kedua selama 4 tahun (straight, takde paper supple, takde drop subject, takde extend subject) maka saya bertemu minat yang lain iaitu bidang animasi..mulanya dengan 50% kerelaan hati kerana borang untuk masuk ke universiti dihantar oleh abah saya yang minat dengan multimedia, bukan saya..tetapi akhirnya saya berjaya juga.. (ayat akhir ni sile bace dengan ada nada2 lagu 'weeee are the championnn....my friendsssss' haha ok saye sengal)
14. saya bersyukur juga sepanjang 4 tahun saya di MMU (singkatan bagi universiti multimedia), saya ber'kawan' dengan seorang mamat, 'naz' bukan nama sebenar :p yang banyak memberi tunjuk ajar, galakan, dorongan, tak lupe juge cabaran untuk menghasilkan yang terbaik supaya saya tidak malu untuk memperlihatkan hasil kerja saya kepada orang lain setelah bertungkus lumus tak tidur malam selama beberapa kurun eh bukan..beberapa bulan..tapi per'kawan'an kami hanya sampai 4 tahun itu kerana masing masing sudah tidak sehaluan, saya di kelantan beliau di melaka..(eh?) dan beliau ingin mendengar cakap ibu nya yang me'rejek' menantu daripada negeri negeri pantai timur, yakni saya lah tu..tapi saya agak musykil di sini, kenapa beliau berkahwin dengan isterinya sekarang yang berasal dari kelantan juga, bukan patutnya kene rejek ke? eh? eh?
15. saya bersyukur setelah graduasi dan kembali ke pangkal jalan..eh ke kelantan, saya menjadi penganggur terhormat selama 2 bulan dan merasa amat bangang dengan status yang dipikul waktu itu..beberapa kali juga saya menjadi orang gila terpekik terlolong tak malu kat jiran sebelah dengan status penganggur yang ada dan merasa sedikit loser kerana tidak dapat mencari rezeki untuk membalas jasa ibu bapa..abah saya mencari ilham untuk tidak membiarkan anak kesayangannya ini menjadi lebih gila dengan memotong keratan akhbar mencari peluang pekerjaan yang sesuai untuk pemegang ijazah sarjana muda multimedia yakni saya lah tu..tiba tiba (jeng jeng jeng..) satu hari abah telah memperlihatkan keratan akhbar mengenai Skim Latihan Graduan yang dijalankan di Cosmopoint Kota Bharu iaitu satu skim untuk para penganggur mempelajari skil yang disediakan bawah Suruhanjaya (eh suruhanjaya ape ek tak ingat, maaafff ) selama 3 bulan kelas, 2 bulan praktikal..dapat elaun lagi, 500 sebulan..makanya saya dengan mata duitan, 500 tu saya nampak macam 5000 tau tak..saya pun akur dengan cadangan abah saya..
16. saya bersyukur juga pada hari saya ke cosmopoint kota bharu mendapatkan borang penyertaan SLG (singkatan bagi skim latihan graduan) tu, saya membawa bersama sijil sijil kelulusan sekolah, peperiksaan mahupun sijil tadika, dan kebetulan di kaunter pertanyaan, ketua operasi cawangan kota bharu pada masa itu, en ahmad nazir atau lebih dikenali dengan che mat, ada di situ..sebelum menyerahkan borang kepada saya, beliau menyemak dahulu sijil sijil saya dan tiba tiba menawarkan kerja sebagai pensyarah kepada saya untuk tahap diploma, dan secara kebetulan pula, pensyarah multimedia di kolej itu pada waktu itu sudah resign secara berjemaah kerana mendapat tawaran KPLI..apa lagi, saya sudah mahu melompat kegirangan tetapi masih kontrol ayu, dan mengangguk kepala tanda setuju..
17. saya bersyukur beberapa hari selepas itu saya dipanggil temuduga untuk jawatan pensyarah, dan saya bersyukur juga beberapa minggu selepas itu saya diterima untuk menghadiri kursus SLG, tetapi agak kepeningan kerana kedua dua tawaran saya terima..maka kepada che mat saya usulkan pertanyaan, che mat bagitau, saya akan meneruskan kursus slg seperti penganggur penganggur lain mulai bulan 10 hingga 12 tahun 2005, tetapi apabila tiba masa saya menjalani praktikal untuk SLG pada bulan 1 dan 2 tahun 2006, che mat terus mengambil saya sebagai staf di cosmopoint itu bermula pada januari 2006..maka saya mendapat pendapatan berganda bulan 1 dan 2 thn 2006 tersebut..yakni elaun SLG campur dengan gaji..hebat tak? saya bersyukur..tapi seperti biasa, duit seberapa banyak pun akan habis.. :p
18. saya bersyukur juga, oleh kerana saya berada di cosmopoint, secara kebetulan suami saya yang dicintai, (pada waktu itu masih belum jadi suami yaa) menjalani latihan praktikum untuk semester terakhir di Universiti Utara Malaysia bagi bidang Multimedia pada hujung bulan 11 tahun 2005..secara kebetulan juga, oleh kerana saya ada sedikit sifat peramah, saya suka mengusik encik fairuz yang manis menawan itu yang selalu malu malu apabila diusik saya..
19. saya bersyukur apabila masuk bulan januari, saya bersama sama encik fairuz ditugaskan untuk mengajar subjek sijil animasi bagi pelajar lepasan SPM, dan kami ditugaskan untuk mengajar kelas yang sama, cuma subjek yang berbeza..kebetulan pula di dalam kelas kami terdapat seorang pelajar istimewa yang pekak dan bisu yang membuatkan kami selalu berbincang tentang cara cara terbaik untuk mengajar pelajar tersebut...dalam kelas itu juga terdapat seorang pelajar perempuan yang suka kan kami berdua dan cuba meng'match making' kami dengan sms2 palsu beliau..dan cubaan beliau menjadi, encik fairuz akhirnya mendapatkan nombor handset saya yang ketika itu bernombor celcom manakala beliau bernombor maxis, tetapi beliau dengan semangat waja menukar nombor kepada celcom demi ber'sms' dengan saya...
20. saya bersyukur lebih kurang 2 minggu selepas itu, pada hujung bulan februari encik fairuz mengajak saya keluar date, dan pada date pertama kami encik fairuz mengisytiharkan kami sebagai sepasang couple lahh..tarikh itu ialah 25 februari 2006, pada hari itu juga, ketika beliau menghantar saya pulang dengan kereta kancil turbo nya, beliau mengajak saya kahwin pula, dan saya terus menjawab 'ya'..entah kuasa magnet apa yang membuatkan saya terus teruja untuk berjudi hidup bersama beliau, atau pun mungkin kerana hati saya cair melihat skil beliau menukar gear dengan penuh macho (encik fairuz mempunyai kehebatan memandu kereta dengan laju dan kelihatan macho sekali) ..ataupun mungkin pintu hati saya sudah terbuka..Allah maha tahu..
21. saya bersyukur juga selepas 2 minggu daripada tarikh tersebut, kami bertunang pada 18 mac 2006..dan seterusnya berkahwin pada 20 mei 2006..pantas kan? afiza, kawan baik saya ketika di MMU cakap, 'korang ni macam F1'..hehehe..soal jodoh, siapa yang tahu..
amboi, panjang lebar nampaknya entry ini..takpe2 teruskan..
22. saya bersyukur, pada tahun pertama perkahwiinan kami, kami belum dikurniakan anak kerana banyak perbalahan dan pergaduhan berlaku (biasela, kawin express, belum sempat kenal hati budi sangat..bercinta lepas kawin) tapi pergaduhan tersebut kadangkala memakan masa berhari hari, kadangkala sehari, kadangkala setengah hari, kadangkala seminit sahaja, kerana kami tidak boleh lama lama berjauhan dan mengabaikan satu sama lain kerana perasaan cinta dan sayang kami lebih tinggi melebihi segalanya..hahaha ini ayat poyo sedikit..sila jangan muntah hijau di sini..
23. 10 bulan selepas berkahwin, baru la saya disahkan mengandung, dan kandungan itu saya kira hadiah ulangtahun perkahwinan pertama kami..10 disember 2007, lahirlah Wan Ahmad Faiz b Wan Muhammad Fairuz, buah hati pengarang jantung kami yang pertama..selang 7 bulan selepas Faiz dilahirkan, saya disahkan mengandung kali kedua, mungkin kerana terlebih gembira, terlebih stamina, atau kurang tapisan, maka kandungan kedua bagi saya amat memeranjatkan tapi telah dapat diduga..tapi selang beberapa bulan, buah hati kedua kami lahir, kami namakan sebagai Wan Nur Fatin Syahira bt Wan Muhammad Fairuz..oleh kerana mengandung dengan jarak yang dekat, saya seboleh bolehnye berniat untuk mendapat seorang bayi perempuan untuk melengkapkan keluarga kami..macam macam cara saya cuba, teknik2 'berekreasi' bersama suami, cara cara pemakanan, macam macam cara dicuba untuk mendapat anak perempuan.. Allah mendengar doa saya, kami dianugerahkan sepasang cahayamata..Alhamdulillah..untuk yang nak tau teknik teknik tu..sila gugel nama dr hamid arshad dan layari laman web beliau..terima kasih (malas nak cari, sile cari sendiri :p)
24. alhamdulillah, Allah bagi lagi rezeki, saya bersyukur dengan kelahiran 2 cahayamata ini, sebagai timbalbalas saya dianugerahkan pekerjaan baru yang lebih setimpal dari segi gaji dan kelayakan saya..walaupun kami terpaksa berjauhan kerana pekerjaan baru saya ini, tetapi saya bersyukur kerana daripada lebih 500,000 calon yang berdaftar, saya antara yang bernasib baik diterima bekerja dalam sektor ini selepas 2 kali tapisan..
25. saya bersyukur mempunyai suami yang sangat memahami dan penyayang, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga terutamanya untuk saya..yang menyayangi kami dengan tidak berbelah bahagi..yang sanggup mengabaikan perasaan rindu dendam terhadap saya semata mata memberi ruang kepada saya untuk bekerja..saya bersyukur Allah temukan saya dengan beliau..saya berdoa mudah mudahan Allah anugerahkan lagi nikmat dan rezeki yang lebih lagi kepada kami sekeluarga, dan suami saya mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada sekarang..dan moga moga Allah melindungi dan merahmati suami saya setiap saat, dan semoga umurnya panjang dan jodoh kami sentiasa berkekalan...insyaAllah..
sekarang saya sudah agak buntu dengan apa lagi yang saya patut bersyukur, kerana saya rasakan masih ada yang saya belum ucapkan..
mungkin entry ini akan ada sambungan...tunggu~
(agak poyo entryy nih..abaikan..nak bace, bace, takmo bace, sudehh :p)